Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Menghentikan Kempen FIX PUBG Kerana Pelbagai Masalah Lain Yang Hadir
PC

PUBG Menghentikan Kempen FIX PUBG Kerana Pelbagai Masalah Lain Yang Hadir

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

PUBG Corp sebelum ini melancarkan kempen FIX PUBG yang menyertakan laman khas untuk berkongsi penambah-baikkan permainan pertempuran royale PUBG.

Menurut mereka, semasa kempen tersebut berlaku, pasukan pembangun memfokuskan usaha mereka untuk meningkatkan prestasi permainan serta menyelesaikan pelbagai pepijat yang ada. Namun, hari ini mereka mengatakan disebabkan pelbagai masalah besar yang hadir selain daripada FIX PUBG mereka terpaksa menghentikan kempen tersebut.

Walaupun kempen tersebut kini berakhir, sepanjang kempen tersebut berlaku pelbagai penambah-baikkan sudah dilakukan. Antaranya adalah peningkatan kelancaran permainan. Jika dibandingkan kadar paparan sesaat untuk permainan tersebut pada bulan Julai dan sekarang ia memperlihat peningkatan yang baik seperti yang diperlihatkan di bawah.

Menurut mereka peningkatan dari segi kelancaran ini adalah disebabkan penambah-baikkan kliean dan juga pelayan. Setakat ini mereka telah meningkatkan kelancaran sebanyak 20% dan berjaya mengekalkannya pada tahap yang sama.

Selain itu mereka juga mengumumkan pelbagai penambah-baikkan sudah dilakukan untuk sistem matchmaking, melawan penipu dan juga penambah-baikkan untuk versi konsol.

PUBG Corp juga mengatakan walaupun kempen FIX PUBG sudah berakhir, akan tetapi mereka akan terus meningkatkan kualiti permainan tersebut.


TIPS & ULASAN