Minggu lepas, Bethesda Softworks akhirnya melancarkan permainan terkini buat siri Fallout iaitu Fallout 76 yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain atas-talian.

Antara fungsi yang terdapat di dalam permainan tersebut adalah keupayaan untuk menembak tembakan Nuklear yang mana ianya juga memberi kesan terhadap dunia permainan tersebut.

Terkini, pemain Fallout 76, Nickaroo93 bersama-sama rakan beliau melakukan tiga tembakan nuklear secara serentak melalui sesi permainan beliau dan menyebabkan pelayan permainan tersebut teranap.

Seperti yang anda tonton video diatas, sememangnya apa yang dapat dilihat adalah ketiga-tiga letupan tersebut memberi kesan yang besar terhadap peta kawasan tersebut sehingga membuatkan keseluruhan pemain dikeluarkan daripada pelayan permainan tersebut.

Walaupun begitu, pihak Bethesda Softworks tidak memberi sebarang kenyataan berkenaannya dan ianya juga mungkin hanyalah satu pepijat daripada pelayan permainan tersebut.

Akan tetapi, dengan tahap kemusnahan yang dilakukan oleh sekumpulan pemain tersebut, ianya tidaklah begitu mengejutkan untuk sesuatu pelayan permainan untuk berhenti berfungsi akibatnya.

Fallout 76 sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC (melalui Bethesda.net) dengan harga bermula RM237. Bagi ulasan kami, kami masih lagi sedang membuat ulasan berkenaan permainan dan akan kami kongsikannya dalam masa terdekat ini.

Sohor Kini