Informasi Permainan Video Terkini
Dead Or Alive 6 – Watak Baharu NiCO Yang Berasaskan Seni Mempertahankan Diri Pencak Silat Diumumkan
PC

Dead Or Alive 6 – Watak Baharu NiCO Yang Berasaskan Seni Mempertahankan Diri Pencak Silat Diumumkan

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Dead Or Alive 6 merupakan permainan seterusnya dari Koei Tecmo dan Team Ninja yang mana ianya sangat terkenal dengan permainan bentuk perlawanan dengan pelbagai bentuk seni mempertahankan diri.

Terkini, Koei Tecmo mengumumkan watak baru buat permainan tersebut iaitu NiCO, dimana beliaun merupakan watak yang memfokuskan seni mempertahankan diri Pencak Silat.

Berdasarkan video acah yang dipertontonkan. NiCO tampaknya bukan sahaja mempunyai kemahiran bertempur dengan Pencak Silat, malah beliau juga dikenali sebagai The Lightning Technomancer yang mana beliau berupaya untuk menyerang dengan kuasa dan kemahiran kilat.

Selain itu, Koei Tecmo juga memperlihatkan watak Kokoro dan La Mariposa dimana mereka adalah watak lama dari siri Dead Or Alive sebelum ini.

Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo pada 15 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN