Salah satu permainan atas-talian terkenal keluaran Square-Enix, Final Fantasy XIV minggu ini diumumkan bahawa Square-Enix akan membawa pernambahan terbaru buat permainan tersebut iaitu Final Fantasy XIV: Shadowbringers pada tahun hadapan.
Melalui pernambahan tersebut, Square-Enix akan menyertakan pelbagai kandungan baru termasuklah penceritaan utama permainan tersebut dimana ianya akan dikembangkan lagi. Selain itu, Square-Enix juga menyertakan sistem Trust baru bersama-sama sebilangan kandungan dan bentuk New Game+.
Square-Enix menyatakan bahawa pernambahan ini akan dilancarkan pada musim panas 2019 iaitu sekitar bulan Jun sehingga September tahun hadapan.
Tambahan itu, Square-Enix juga memperkenalkan kelas watak terbaru iaitu Blue Mage yang mana kelas watak ini berupaya untuk mempelajari serangan dan kemahiran musuh.
Menurut Square-Enix, kemaskini kelas tersebut akan tiba melalui kemaskini 4.5 permainan tersebut pada awal 2019 kelak.