Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya daripada siri anime terkenal One Piece iaitu One Piece: World Seeker pada 15 Mac 2019 ini.

Menariknya, permainan tersebut akan tiba di pasaran Malaysia secara fizikal dan juga digital bersama-sama dengan versi edisi terhad yang menyertakan sebilangan kandungan dan barangan tambahan.

Menurut Bandai Namco, versi edisi terhad tersebut dinamakan One Piece: World Seeker The Pirate King Edition yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh One Piece: World Seeker
  • Pas musim permainan
  • Figura esklusif khas Luffy
  • Replika khas Devil Fruit Gum Gum berskala penuh
  • Muzik latar daripada Kohei Tanak

Disamping itu, bersempena dengan pengumumkan ini, Bandai Namco juga memperlihatkan bentuk permainan terbaru buat permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, One Piece: World Seeker merupakan permainan dunia terbuka yang memfokuskan dunia One Piece. Menariknya melalui permainan ini, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka membawa penceritaannya sendiri yang diselia oleh Eiichiro Oda sendiri.

Tambahan itu, pemain juga berupaya untuk mempelajari pelbagai kemahiran baru melalui kemahiran pokok yang disediakan di permainan ini. Tambahan itu, pemain juga berupaya untuk memasak dan menghasilkan pelbagai barangan tambahan untuk membantu sepanjang pengembaraan pemain.

One Piece: World Seeker bakal tiba 15 Mac 2019 ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply