Hi-Rez minggu ini mengumumkan permainan mereka iaitu Smite bakal dikeluarkan untuk Switch pada 24 Januari 2019. Smite merupakan permainan MOBA yang percuma untuk dimainkan. Ia sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
Menariknya, Hi-Rez juga mengumumkan yang melalui kemaskini 6.1, permainan tersebut akan disertakan fungsi rentas-platform untuk PC, Xbox One dan Switch apabila dikeluarkan nanti. Buat masa ini tiada pengesahan untuk versi Playstation 4.
Dengan disertakan fungsi tersebut, pemain kini boleh menggunakan akaun yang sama untuk kesemua konsol yang dimiliki oleh pemain.