Informasi Permainan Video Terkini
Pencipta Asal Tarian Milly Rock Di Dalam Fortnite Ingin Menyaman Epic Games

Pencipta Asal Tarian Milly Rock Di Dalam Fortnite Ingin Menyaman Epic Games

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Tarikan utama untuk permainan Fortnite selain menyediakan pelbagai kostum adalah emote dalam bentuk tarian. Seperti kita sedia maklum setiap tarian tersebut bukanlah direka secara khusus oleh Epic Games sebaliknya mereka mengambil inspirasi daripada tarian yang popular.

2 Milly iaitu penyanyi rap yang juga pencipta asal untuk tarian Milly Rock yang boleh didapati di dalam Fortnite mengatakan kepada CBS beliau ingin menyaman Epic Games kerana menggunakan tarian tersebut tanpa kebenaran.

Namun, peguam perniagaan dan hiburan Merlyne Jean-Louis mengatakan kepada CBS, kes saman tersebut akan menjadi agak sukar kerana tidak seperti lagu, lirik ataupun bunyi, tarian tidak mempunyai sebarang undang-undang yang menghalang daripada ia dijadikan sebagai inspirasi.

Menurut 2 Milly, beliau ingin menyaman Epic Games bukan kerana ingin mendapat pampasan akan tetapi ingin menjaga sesuatu yang dicipta oleh beliau. Tambahan, Epic Games tidak memberikan emote tersebut secara percuma tetapi mendapat keuntungan daripadanya.

Buat masa ini, 2 Milly masih tidak menyaman Epic Games secara rasmi, namun jika ia berterusan, keputusan kes ini akan menentukan kes-kes di masa hadapan. Jika 2 Milly berjaya menyaman, ia sudah semestinya akan lebih menyukarkan untuk Fortnite menyediakan pelbagai tarian lain sebagai emotes.


TIPS & ULASAN