Informasi Permainan Video Terkini
My Nintendo Menyediakan Penghias Skrin Pokemon Let’s Go Untuk PC Dan Telefon Pintar

My Nintendo Menyediakan Penghias Skrin Pokemon Let’s Go Untuk PC Dan Telefon Pintar

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Pokemon Let’s Go kini sudah tiba untuk Nintendo Switch dan permainan tersebut menerima reaksi yang pelbagai. Ada yang menyukai kerana ia adalah permainan Pokemon baik, selain itu ada juga yang tidak menyukainya kerana terdapat pelbagai mod yang tidak disertakan.

Namun, sesuatu yang akan disukai oleh setiap pemain adalah My Nintendo hari ini menyediakan penghias skrin berdasarkan permainan tersebut untuk PC dan juga telefon pintar.

Untuk mendapatkannya, anda perlu menebus 50 Platinum Points dan dapat memut turun ketiga-tiga rekaan penghias skrin tersebut. Kami masih belum berkesempatan untuk mencuba permainan ini dan harus berpuas hati dengan penghias skrin sahaja buat masa ini.

My Nintendo: Pokemon Let’s Go Wallpaper


TIPS & ULASAN