Informasi Permainan Video Terkini
Sony Berkongsi Infografik Bersempena Ulang Tahun Ke-5 Playstation 4

Sony Berkongsi Infografik Bersempena Ulang Tahun Ke-5 Playstation 4

Diterbitkan pada November 16, 2018 oleh .

Playstation 4 dikeluarkan secara rasmi pada 15 November 2018. Hari ini, konsol paling popular tersebut menyambut ulang tahun ke-5. Bersempena dengan itu, Sony berkongsi infografik yang memperlihatkan beberapa info menarik mengenai konsol tersebut.

Selain memperlihatkan PS4 setakat ini sudah terjual lebih 86 juta unit dan jumlah permainan sudah terjual sebanyak 777.9 juta unit mereka juga menyenaraikan 5 permainan yang paling banyak terjual adalah Call of Duty Black Ops III, Call of Duty WWII, FIFA 17, FIFA 18 dan Grand Theft Auto V.

Manakala permainan yang diberikan percuma melalui PS Plus adalah Call of Duty Black Ops III, Destiny 2, Dead By Daylight, Just Cause 3 dan Mafia III. Informasi lanjut anda boleh bacanya di bawah.


TIPS & ULASAN