Informasi Permainan Video Terkini
Insomniac Games Mengumumkan Sunset Overdrive Akan Dikeluarkan Untuk PC Esok
PC

Insomniac Games Mengumumkan Sunset Overdrive Akan Dikeluarkan Untuk PC Esok

Diterbitkan pada November 16, 2018 oleh .

Sunset Overdrive merupakan permainan yang dibangunkan oleh Insomniac Games secara eksklusif untuk Xbox One pada tahun 2014. Pada Mei lepas, berdasarkan penyenaraian di Korean Game Rating Board, permainan tersebut juga akan hadir untuk PC.

Hari ini, Insomniac Games melalui kuciran di akaun Twitter mereka mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan untuk PC pada hari esok melalui Windows Store dan Steam.

Walaupun ini menjadikan permainan tersebut tidak lagi eksklusif untuk Xbox One akan tetapi ia sudah menjadi kebiasaan permainan yang diumumkan sebagai eksklusif untuk Xbox One akan turut dikeluarkan untuk PC.


TIPS & ULASAN