Thronebreaker: The Witcher Tales merupakan permainan baharu yang dikeluarkan oleh CD Projekt Red(CDPR). Ia merupakan permainan RPG kad Gwent yang berdasarkan dunia siri permainan The Witcher.

CDPR melalui laporan kewangan mengatakan permainan tersebut walaupun menerima ulasan yang positif tidak terjual sepertimana yang mereka jangkakan.

Ketua pengawal eksekutif CDPR Adam Kicinski mengatakan mereka menjangkakan penjualan yang tinggi kerana komuniti The Witcher yang kuat, akan tetapi buat masa ini permainan tersebut masih tidak mencapainya. Namun, beliau mengatakan permainan tersebut tidak gagal dari segi kewangan, dan yakin yang permainan tersebut akan terus terjual dengan baik untuk beberapa tahun lagi.

Dengan permainan tersebut kini juga boleh dibeli melalui Steam dan bakal dikeluarkan untuk Playstation 4 pada 4 Disember ini sudah semestinya akan meningkatkan lagi jualan.

Bacaan Lanjut: Ulasan Thronebreaker: The Witcher Tales – Permainan Kad RPG Dengan Penceritaan Berkualiti

Sohor Kini