Skip to main content

Apabila bercakap mengenai E3, Sony dan Playstation sudah semestinya menjadi sebahagian yang penting. Mereka sering menyediakan persidangan E3 yang menjadi bualan oleh pemain.

Namun, Sony hari ini mengumumkan yang Playstation tidak akan menghadiri E3 untuk tahun 2019. Berdasarkan kenyataan yang diberikan kepada Game Informer, Sony mengatakan mereka sentiasa mencari cara baharu dan yang lebih baik untuk berinteraksi dengan pemain. Oleh disebabkan itu mereka mengambil keputusan untuk tidak menghadiri acara tersebut.

Apabila ditanya jika mereka akan mengadakan persidangan di tempat lain semasa berlangsungnya E3, Sony hanya mengatkan mereka tidak akan mengadakan sebarang persidangan sekitar E3. Manakala Microsoft, melalui kuciran di akaun Twitter mereka mengumumkan yang Xbox seperti biasa akan menghadiri E3 2019.

Ini sudah semestinya satu berita yang agak mengecewakan, namun Sony juga mempunyai pelbagai acara lain yang mereka boleh gunakan. Antaranya adalah Playstation Experience (PSX). Mungkinkah ini juga petanda kepada generasi konsol ini akhirnya berakhir?

Leave a Reply