Skip to main content

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, THQ Nordic baru-baru ini sedang meluaskan jajahan mereka dengan membeli dan memiliki beberapa studio pembangun dan hak intelek permainan.

Namun, terkini melalui laporan pendapat syarikat tersebut, THQ Nordic menyatakan bahawa mereka kini sedang membangunkan 55 permainan yang masih lagi di dalam produksi. Namun, menurut mereka 35 daripada sudah pun bersedia untuk diumumkan.

Antara studio yang mereka miliki baru-baru ini termasuklah Coffee Stain dan Handy Games. Selain itu, mereka juga memiliki hak intelek untuk siri permainan seperti Timesplitter dan Alone In The Dark.

Sememangnya ini merupakan satu senarai permainan yang sangat banyak dan memandangkan mereka kini memiliki pelbagai studio pembangun permainan, senarai ini juga tidaklah mustahil buat mereka dan kami percaya antara permainan yang tersenarai diatas adalah salah satu permainan yang bakal diumumkan oleh mereka.

Namun buat masa ini THQ Nordic masih tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya dan memandangkan acara The Game Awards bakal berlangsung tidak lama lagi, kami percaya sebahagian daripadanya akan diumumkan ketika acara tersebut.

Leave a Reply