Luminous Production merupakan salah satu studio pembangun dibawah naungan Square-Enix. Studio tersebut ditubuhkan awal tahun ini dan diketuai oleh Hajime Tabata. Namun, minggu lepas Hajime Tabata telah pun meninggalkan studio tersebut yang mana Square-Enix juga mengumumkan bahawa Luminous Production kini akan memfokuskan pembangunan permainan bertarafkan AAA.
Terkini, iaitu salah seorang pembangun pereka 3D watak daripada studio tersebut, Tomohiro Tokoro menyenaraikan projek terbaru oleh beliau adalah permainan bertaraf AAA untuk Playstation 5 di profil LinkedIn beliau. Namun, jika anda ke profil tersebut sekarang, ianya telahpun dipadamkan.
Sekaligus, senarai ini menunjukkan bahawa yang mana sememangnya permainan di konsol terbaru Sony sememangnya kini sedang dibangun. Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa konsol Playstation 5 akan tiba dalam masa terdekat.
Namun, ianya juga mungkin kesilapan penyeneraian oleh pihak pembangun tersebut. Akan tetapi, senarai tersebut telahpun dipadam setelah beberapa pengguna ResetEra melaporkannya, ianya juga mungkin adalah betul.
Sebelum ini, kami juga bercakap berkenaan permainan konsol generasi seterusnya dimana kami percaya bahawa akan terdapat pelbagai perubahan dari segi bentuk permainan di dalam industri permainan video. Bagi anda yang berminat, anda boleh membacanya dibawah.
Mengapa Industri Permainan Video Menuju Ke Arah Perkhidmatan Penstriman?
Kami juga sebelum ini melaporkan yang mana terdapat ramai pembangun dan penganalisa permainan video menyatakan bahawa Playstation 5 tidak akan tiba sekurang-kurangnya pada tahun 2020. Namun, apakah pendapat anda? Adakah konsol generasi seterusnya semakin hampir?