Informasi Permainan Video Terkini
Hokage Pertama, Kedua Dan Keempat Bakal Tiba Sebagai Watak DLC Buat Naruto To Boruto: Shinobi Striker
PC

Hokage Pertama, Kedua Dan Keempat Bakal Tiba Sebagai Watak DLC Buat Naruto To Boruto: Shinobi Striker

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco sering mengemaskini permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker dengan pelbagai kemaskini watak DLC baru seperti Orochimaru, Jiraiya dan Hiruzen Sarutobi.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa tiga lagi watak DLC baru iaitu ketiga-tiganya merupakan Hokage daripada siri anime Naruto tersebut iaitu Hokage pertama, Hashirama Senju, Hokage kedua Tobirama Senju dan Hokage keempat Minato Namikaze.

Seperti watak-watak baru sebelum ini, ketiga-tiga watak tersebut akan disertakan secara percuma melalui kemaskini permainan tersebut. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan kostum-kostum termasuklah senjata dan kemahiran mereka untuk digunakan untuk watak pemain sendiri, pemain perlu mendapatkan pas musim permainan tersebut secara berasingan.

Melalui watak ini, Bandai Namco akan menyertakan kesemua kemahiran-kemahiran mereka dengan pelbagai kostum dan senjata. Bagi anda yang ingin melihat kesemua senarai senjata dan kemahiran yang tersedia, anda boleh menonton video dibawah yang dimuat-naik oleh Bandai Namco.

Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.

Permainan tersebut telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC September lepas. Kami juga sebelum ini telahpun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.


TIPS & ULASAN