Skip to main content

Sebelum ini, Echtra Games dan Perfect World Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan terbaru buat siri Torchlight iaitu Torchlight Frontiers.

Terkini, mereka berkongsi kelas watak baharu buat permainan tersebut iaitu watak Forged.

Melaluinya, Forged merupakan satu robot automaton yang mana pemain berupaya untuk menggunakan pelbagai jenis senjata dengan serangan yang sangat kuat. Selain itu, Forged juga berupaya untuk mengumpul pelbagai jenis kemahiran untuk menghasilkan satu serangan yang sangat kuat.

Torchlight Frontiers adalah permainan aksi pengembaraan isometrik yang seakan permainan Diablo oleh Blizzard. Ianya dibangunkan oleh Echtra Games dan dilancarkan oleh Perfect World Entertainment. Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply