Informasi Permainan Video Terkini
Penerbit PQube Tidak Lagi Menyokong Vita – Ingin Memfokuskan Kepada Switch

Penerbit PQube Tidak Lagi Menyokong Vita – Ingin Memfokuskan Kepada Switch

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Playstation Vita tidak mendapat kejayaan sepertimana yang diinginkan oleh Sony. Ia kini juga sedang menuju ke arah penamat apabila Sony sendiri akan menghentikan pengeluaran konsol tersebut pada tahun 2019.

Melalui penstriman langsung, penerbit di Eropah PQube yang menerbitkan permainan seperti Cat Quest, BlazBlue Cross Tag Battle dan Valthirian Arc mengatakan mereka tidak lagi menyokong Vita agar dapat memfokuskan kepada Switch.

Bahkan mereka juga mengatakan Switch adalah ibarat pemburu dan Vita seekor burung yang tidak berkebolehan untuk terbang. Perumpamaan tersebut walaupun agak aneh tetapi ada tepatnya.

Bagi kami, PS Vita masih merupakan konsol terbaik untuk bermain permainan klasik Playstation, bahkan lebih baik berbanding PS Classic.


TIPS & ULASAN