Left Alive merupakan permainan penembak pandang ketiga yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup. Ia juga merupakan permainan yang diletakkan di dalam penceritaan siri Front Mission iaitu siri permainan pertempuran robot mecha.
Hari ini, Square Enix berkongsi trailer baharu yang memfokuskan kepada tiga watak utama yang akan dikawal oleh pemain di dalam permainan ini. Watak tersebut adalah Mikhail, Olga dan Leonid.
Menariknya, watak-watak tersebut direka oleh Yoji Shinkawa yang merupakan ilustrator bagi KOJIMA Productions untuk siri Metal Gear. Left Alive akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan PC pada 5 Mac 2019. Mereka juga sebelum ini mengumumkan edisi terhad untuk permainan ini yang menyertakan figura robot mecha.