Niantic Labs pada tahun lepas mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan mudah alih realiti-gabungan berdasarkan Harry Potter. Sebelum ini mereka merancang untuk mengeluarkan permainan tersebut pada tahun 2018.

Minggu ini, mereka mengumumkan yang permua tersebut telah ditunda dan hanya akan dikeluarkan pada tahun 2019. Namun, bersamanya mereka juga berkongsi trailer acah untuk permainan tersebut yang dikatakan sebagai permainan seperti Pokemon GO yang juga dibangunkan oleh Niantic.

Melalui permainan ini, pemain akan menjadi sebahagian daripada Statute of Secrecy Task Force iaitu kumpulan yang diberikan tanggungjawab oleh Ministry of Magic untuk mencari kejadian aneh magis di dunia biasa,

Jika anda meminati permainan Pokemon GO ataupun Ghostbuster, anda mungkin akan menyukai permainan ini. Bagi pengikut siri Harry Potter adakah permainan ini menarik minat anda? Bagi kami, lebih tertarik dengan permainan pengembaraan yang tertiris sebelum ini.

Anda boleh pra-daftar minat anda untuk permainan ini di laman rasmi Wizards Unite.

Sohor Kini