Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Gears POP! Diperlihatkan – Clash Royale Versi Gears

Bentuk Permainan Gears POP! Diperlihatkan – Clash Royale Versi Gears

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Ketika persidangan E3 Microsoft lepas, selain mengumumkan permainan baharu untuk siri Gears, iaitu Gears 4, mereka juga mengumumkan Gears POP! iaitu permainan mudah alih berdasarkan siri Gears dengan kerjasama bersama Funko.

Hari ini, Gears POP! berkongsi video temubual bersama dengan ketua studio The Coalition Rod Ferguson dan ketua pereka permainan Tyler Bielman. Selain membincangkan lanjut mengenai permainan tersebut, mereka juga memperlihatkan buat pertama kali bentuk permainan permainan mudah alih ini.

Gears POP! boleh dikatakan mengikut bentuk permainan Clash Royale oleh Supercell tetapi mempunyai keunikan sendiri melalui sistem pelindung serta watak dan senjata yang berlainan.

Namun, setakat ini mereka tidak berkongsi mengenai tarikh pengeluaran sebaliknya mengatakan pemain akan berpeluang untuk bermain pada tahun 2019.


TIPS & ULASAN