Skip to main content

Selepas menjadi permainan yang berjaya di kesemua platform, Stardew Valley turut dikeluarkan sebagai permainan mudah alih dan dikeluarkan pada 24 Oktober lepas untuk iOS.

Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, permainan mudah alih tersebut telah menjana pendapatan sebanyak $1 juta(~RM4.19 juta) selepas tiga minggu dikeluarkan.

Laporan tersebut juga menyatakan, 41% pembelian adalah dari Amerika Syarikat, manakala 12% dari Jepun. Selain itu, 25% pembelian permainan ini adalah melalui iPad.

Stardew Valley untuk iOS boleh di mainkan di peranti iOS yang menyokong iOS 10 dan ke atas. Ia dijual dengan harga RM34.90 dan buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran untuk Android.

Leave a Reply