Tampaknya jajahan THQ Nordic tidak berhenti setakat permainan Alone In The Dark dimana hari ini mereka mengumum bahawa mereka kini memiliki dua lagi studio pembangun permainan iaitu Bugbear Entertainment dan Coffee Stain Studio.

Bugbear Entertainment iaitu pembangun permainan seperti Wreckfest dan Flatout kini dimiliki oleh THQ Nordic sebanyak 90%. Sekaligus pemilikkan ini juga membuahkan THQ Nordic untuk memiliki studio tersebut bersama-sama hak intelek permainan mereka.

Manakala bagi studio Coffee Stain Studio, iaitu mereka terkenal dengan permainan Goat Simulator juga kini dimiliki oleh THQ Nordic secara menyeluruh. Ini bermakna, perolehan ini kini meletakkan permainan-permainan keluaran mereka seperti Satisfactory, Goat Simulator dan kesemuanya kini dimiliki oleh THQ Nordic.

Sememangnya ini merupakan satu lagi perolehan syarikat-syarikat buat THQ Nordic dan kami percaya mereka pasti akan melancarkan pelbagai lagi permainan menarik pada masa akan datang.

Namun, buat masa ini, THQ Nordic tidak berkongsi sebarang rancangan mereka dan seperti biasa, kami akan kongsikannya setelah mereka umumkannya kelak.

Sohor Kini