DLC pertaman daripada 7 DLC yang dirancangkan untuk Shadow of The Tomb Raider iaitu The Forge kini boleh dimuat-turun oleh yang membelinya ataupun pemain yang memiliki pas semusim untuk permainan tersebut.

Melalui DLC ini, pemain akan dapat menjelajah satu makam baharu untuk mendapat maklumat mengenai Kuwaq Yaku. Makam tersebut akan dipenuhi dengan lahar serta pelbagai cabaran. Menariknya, ia juga boleh di mainkan secara koperasi. Dengan menyelesaikan cabaran makam ini, pemain akan mendapat kostum Brocken, kebolehan dan juga senjata.

Untuk sistem koperasi, pemain yang memiliki DLC ini boleh bermain bersama dengan rakan yang memiliki permainan Shadow of the Tomb Raider, namun rakan anda tidak perlu memiliki DLC tersebut untuk menyertai anda. Video sebalik tabir untuk sistem koperasi ini turut diperlihatkan.

Selain itu, Square Enix juga mengumumkan yang DLC kedua iaitu The Pillar akan tiba pada bulan Disember dan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

Selain makam baharu yang hadir bersama dengan DLC ini, dua makam daripada permainan utama iaitu Court of Death dan Gate of Xibalba juga boleh dimainkan untuk mod Score Attack dan Time Attack. Court of Death boleh dimainkan pada hari ini, manakala Gate of Xibalba pada 27 November 2018.

DLC The Forge boleh didapati sebagai sebahagian daripada pas semusim yang dijual dengan harga RM95 atau boleh di beli secara berasingan dengan harga $4.99(~RM20).

Sohor Kini