Skip to main content

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kejohanan terbesar Dota 2 di Malaysia, The Kuala Lumpur Major bakal berlangsung hujung minggu pada 16 hingga 18 November ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur yang mana ia merupakan pertandingan berstatus Major buat Dota Pro Circuit buat musim 2018/2019.

Dengan hadiah terkumpul lebih dari RM4 juta, kejohanan tersebut meletakkan 16 pasukan bertempur sepanjang kejohanan untuk membawa pulang wang hadiah sebanyak RM1.3 juta bersama-sama dengan nilai Dota Pro Circuit sebanyak 4,950.

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri acara tersebut, tiket ke acara kejohanan tersebut masih lagi dijual dimana anda berupaya untuk membelinya mengikut pas 1 hari ataupun pas selama 3 hari. Bagi pembelian tiket, anda boleh melayari ke pautan dibawah.

[info] Beli: Tiket The Kuala Lumpur Major [/info]

Tambahan itu, buat mereka yang memiliki tiket pas 3 hari sama ada tiket berkelas Immortal ataupun Divine, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM40,000 yang ditaja khas oleh HyperX dan Acer Predator.

Tambahan itu, bersempena dengan acara kejohanan tersebut, anda juga berpeluang untuk membeli sebilangan barangan khas yang akan dijual di acara tersebut setipa hari bermula jam 9:30 pagi sehingga 9:00 malam.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti pelekat, baju tshirt dan sebagainya bermula dengan harga RM3 sehinggalah RM120. Menurut eGG Network, pembelian barangan tersebut hanya boleh dibayar melalui kad kredit atau debit sahaja.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri acara kejohanan Dota 2 terbesar di Malaysia, The Kuala Lumpur Major pada hujung minggu ini.

Leave a Reply