ARIKA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan perlawanan Fighting EX Layer versi PC pada 30 November ini melalui Steam.
Bersempena dengan pelancarannya di PC, ARIKA juga menyatakan bahawa mereka akan mengemaskini permainan tersebut dengan sebilangan kandungan baru. Kemaskini tersebut akan dilancarkan pada 30 November ini untuk Playstation 4 bersama-sama dengan pelancarannya di PC.
Dari segi harga, ARIKA masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaannya. Namun, menurut mereka ianya akan diumumkan kemudian dan bagi anda yang tidak sabar untuk membelinya, anda boleh melayari laman rasmi Steam buat permainan tersebut untuk menandakannya di senarai hajat anda.
Fighting EX Layer merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh ARIKA, yang mana mereka terkenal sebagai pembangun permainan Street Fighter EX. Permainan tersebut telahpun dilancarkan di Playstation 4 pada Jun lepas dan kini ianya bakal tiba di PC.