Informasi Permainan Video Terkini
Watak Ashe Kini Dilancarkan Di Overwatch Versi Konsol Bersama Kemaskini Permainan

Watak Ashe Kini Dilancarkan Di Overwatch Versi Konsol Bersama Kemaskini Permainan

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Ashe iaitu watak terbaru buat permainan Overwatch yang diumumkan ketika acara BlizzCon 2018 baru-baru ini kini akhirnya dilancarkan di permainan tersebut secara rasmi di konsol.

Bersama-sama dengan pelancaran watak tersebut, Blizzard juga melancarkan kemaskini permainan tersebut dengan sebilangan pembaikkan pepijat bersama-sama kemaskini watak-watak yang terdapat dalam permainan tersebut.

Antara kemaskini yang dilakukan oleh Blizzard adalah mengubah loncatan watak-watak yang terdapat di dalam permainan ini dengan lebih konsisten. Selain itu, watak Roadhog juga menerima sedikit pembaikkan seperti mengurangkan kelewatan ketika menggunakan senjata Chain Hook dan sebagainya.

Untuk senarai penuh kemaskini tersebut, anda boleh membacanya di laman rasmi Overwatch. Bagi pemain Overwatch konsol, jangan lupa untuk muat-turun kemaskini terbaru permainan ini bermula hari ini untuk berpeluang mencuba watak Ashe.


TIPS & ULASAN