Abzu Diumumkan Bakal Tiba Di Nintendo Switch Bulan Ini

Bagi anda yang pernah bermain permainan Abzu di Playstation 4 mahupun di PC sebelum ini, anda mungkin berminat untuk mengembara di dalam air bersama permainan tersebut di konsol Switch.

505 Games dan Giant Squid hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Abzu di Switch pada 29 November ini melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99(~RM84)

Abzu merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan penerokaan akuatik dimana pemain akan mengembara di dasar laut dan bertemu dengan pelbagai kehidupan air seperti ikan, sotong dan sebagainya.

Sememangnya permainan ini merupakan permainan yang memaparkan visual yang sangat cantik dengan pengembaraan yang penuh misteri. Sejak pelancarannya di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2016 lepas, permainan ini telah menerima pelbagai anugerah dan pujian berkenaan pengembaraan dan visualnya yang sangat unik.

Bagi anda yang masih belum pernah bermain Abzu ataupun ingin mengembara sekali lagi bersama Abzu, anda kini boleh pra-tempah permainan ini di Switch melalui Nintendo eShop bermula hari ini.

Sohor Kini