Informasi Permainan Video Terkini
Insomniac Games Mempertontonkan Video Acah Khas Buat DLC Turf Wars Bagi Marvel’s Spider-Man

Insomniac Games Mempertontonkan Video Acah Khas Buat DLC Turf Wars Bagi Marvel’s Spider-Man

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Sebelum ini, Insomniac Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC seterusnya buat permainan Marvel’s Spider-Man iaitu Turf Wars pada 20 November ini dan kini, mereka akhirnya mempertontonkan video acah pertama buat DLC tersebut.

Melalui video acah yang dipertontonkan, DLC tersebut tampaknya akan memfokuskan watak Yuri Watanabe bersama-sam penjahat Hammerhead.

Selain itu, seperti DLC sebelum ini, DLC Turf Wars kali ini juga akan menyertakan 3 kostum tambahan buat Spider-Man iaitu kostum Spider Amor MKI, Spider-Clan dan Iron Spider Armor. Ketiga-tiga kostum ini akan disertakan secara bersama melalui DLC tersebut.

DLC Turf Wars merupakan DLC pernambahan kedua daripada DLC penuh The City That Never Sleep buat permainan Marvel’s Spider-Man. Bagi anda yang berminat untuk bermain DLC ini, ianya boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM39 ataupun melalui pas musim dengan harga RM89.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi pengembaraan esklusif di konsol Playstation 4 yang mana ianya dilancarkan September lepas. Kami di Aksiz juga telah memberi ulasan penuh dimana anda boleh membacanya di pautan dibawah.


TIPS & ULASAN