Gameview Money (GVM) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan GV Esports iaitu bahagian yang memfokuskan e-sukan di Malaysia. Gameview Money merupakan salah satu pengeluar permainan rantaian-blok di Asia Tenggara dimana mereka telahpun bertapak di Malaysia sejak 2012.
Bersempena dengan itu, GVM hari ini mengadakan satu persidangan khas yang di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur dimana mereka melancarkan GV Esports dan juga mengumumkan rancangan mereka untuk meningkatkan lagi industri e-sukan di Malaysia.
Tambahan itu, GVM juga melantik Frank Andreas Sliwka iaitu ketua pegawai operasi dan lembaga pengarah ESL untuk menjadi penasihat bagi GVM. Menurut Dr. Yang Mee Eng, ketua pegawai eskutif GVM, beliau berasa dengan sokongan Frank, mereka akan membawa pelbagai lagi acara dan kejohanan e-sukan dengan baik.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia mengumumkan peruntukkan RM10 juta yang mana ianya akan disalurkan ke MDEC bersama-sama dengan Razer untuk mempertingkatkan industri e-Sukan di Malaysia. Sekaligus, GVM hari ini mengumumkan bahawa mereka juga ingin melabur RM10 juta untuk merancakkan industri e-sukan di Malaysia menjelang tahun 2019.
Menurut Dr, Yang Mee Eng, ketua pegawai eskutif Gameview Sdn Bhd menyatakan bahawa mereka akan melabur sebanyak RM4 juta untuk tajaan e-sukan sahaja dan RM2 juta untuk pembangunan akar e-sukan tempatan. Tambahan itu, melalui GV Esports, mereka juga berminat untuk berkembangkan lagi industri e-sukan dengan melancarkan akademi, program dan pelbagai acara pada masa akan datang.
Tambahan itu, GVM juga mengumumkan bahawa mereka akan menaja acara The Kuala Lumpur Major yang bakal berlangsung hujung minggu ini sebanyak $100,000(~RM419,000). Bersempena dengan itu, mereka juga menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan eGG Network dan PGL untuk mempertingkatkan lagi industri e-sukan dengan penajaan untuk acara kejohanan Dota 2 Major untuk masa akan datang.
Sememangnya ini merupakan satu pengumuman yang sangat memberansangkan untuk industri e-sukan di Malaysia. Dengan berkembangnya penajaan dan pelbagai sokongan daripada pelbagai syarikat, kami di Aksiz berasa e-sukan akan berkembang dengan pesat menjelang 2019 ini.