Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Untuk PS4 Kini Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Disember Ini

PUBG Untuk PS4 Kini Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Disember Ini

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Seperti yang tertiris sebelum ini, Sony minggu ini akhirnya mengumumkan secara rasmi yang Playerunknown’s Battleground (PUBG) akan dikeluarkan untuk Playstation 4 pada 7 Disember 2018.

Mengikut versi PC dan Xbox One, PUBG untuk PS4 turut memerlukan pembelian dan tidak seperti PUBG Mobile yang dikeluarkan secara percuma.

Playstation Store telah menyenaraikan tiga edisi berbeza iaitu Challenger’s Edition yang merupakan edisi biasa dan boleh di pra tempah dengan harga RM111.

Manakala Survivor’s Edition yang menyertakan 2,300 G-Coin, 20,000 Battle Point dan Survival Pass dijual dengan harga RM185.

Edisi terakhir adalah Champion’s Edition yang menyertakan barangan seperti Survivor’s Edition tetapi akan mendapat 6,000 G-Coin dan dijual dengan harga RM223.

Selain itu, jika anda pra-tempah untuk mana-mana edisi anda juga akan mendapat kostum Nathan Drake dari permainan Uncharted dan juga beg galas Ellie dari The Last of Us.

Playstation Store: PUBG


TIPS & ULASAN