Informasi Permainan Video Terkini
Valve Membayar RM83 Ribu Kepada Penggodam Yang Menjumpai Pepijat Permainan Percuma
PC

Valve Membayar RM83 Ribu Kepada Penggodam Yang Menjumpai Pepijat Permainan Percuma

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Hacker One merupakan laman yang berkongsi penggodam yang berjaya mencari pepijat serta kerentanan. Sebelum ini, mereka melaporkan yang Valve telah membayar lebih $109 ribu kepada penggodam yang berjaya mencari masalah di Steam.

Bulan ini, satu lagi laporan telah dikeluarkan untuk umum. Berdasarkan laporan tersebut, penggodam Moskowsky telah dibayar oleh Steam sebanyak $20 ribu(~RM83 ribu) setelah beliau menjumpai pepijat permainan percuma.

Melalui pepijat ini, sesiapa yang mempunyai akses pembangun dapat mengeluarkan kod untuk permainan percuma walaupun permainan tersebut adalah daripada pembangun lain.

Beliau melaporkan pepijat tersebut pada bulan Ogos lagi, dan Valve telah menampal masalah tersebut beberapa minggu lepas dan membenarkan Mokoswsky untuk menjadikan laporan tersebut dibuka kepada umum pada bulan ini.


TIPS & ULASAN