Informasi Permainan Video Terkini
Sword Art Online: Lost Song Kini Dilancarkan Di Steam – Berharga RM59
PC

Sword Art Online: Lost Song Kini Dilancarkan Di Steam – Berharga RM59

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Bagi peminat siri anime Sword Art Online diluar sana, anda pasti berminat untuk bermain permainan Sword Art Online: Lost Song yang mana ianya baru sahaja dilancarkan di PC melalui Steam hari ini.

Permainan ini asalnya dilancarkan di Playstation 4, Playstation 3 dan Playstation Vita pada 2015 lepas.

Melalui Sword Art Online: Lost Song, permainan ini akan memfokuskan permainan multi-pemain fiksyen Alfheim Online dimana sekali lagi pemain akan mengembara bersama Kirito dan rakan-rakan beliau untuk menyelesaikan misteri permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan tersebut di Steam yang mana ianya hanya berharga RM59.

Steam: Sword Art Online: Lost Song


TIPS & ULASAN