Informasi Permainan Video Terkini
Peta Kawasan Nuketown Akan Kembali Di Call Of Duty: Black Ops 4 Esok
PC

Peta Kawasan Nuketown Akan Kembali Di Call Of Duty: Black Ops 4 Esok

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Activision dan Treyarch hari ini berkongsi video acah buat peta Nuketown yang mana ianya adalah peta kawasan ikonik daripada permainan Call Of Duty: Black Ops yang pertama.

Terkini, mereka bakal membawa kembali peta tersebut di permainan Call Of Duty: Black Ops 4 secara percuma bermula esok buat pemain Playstation 4 dan bagi pemain Xbox One dan PC, ianya akan dilancarkan kemudian.

Nuketown merupakan salah satu peta ikonik buat siri Call Of Duty: Black Ops dimana setiap kali siri permainan tersebut dilancarkan, Activision akan melancarkannya dengan sebilangan perubahan kecil namun masih lagi mengekalkan susun atur peta asal.

Sememangnya dengan kerjasama Sony, Activision akan melancarkan peta ini dahulu di konsol Playstation 4 pada 14 November, iaitu esok dan diikuti konsol lain pada masa akan datang.

Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain. Permainan ini telahpun dilancarkan pada Oktober lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN