Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Memperlihatkan Bentuk Awakening Untuk Jump Force
PC

Bandai Namco Memperlihatkan Bentuk Awakening Untuk Jump Force

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini memperlihatkan bentuk permainan terbaru buat permainan perlawanan Jump Force iaitu bentuk Awakening. Melaluinya, pemain berupaya untuk meningkatkan kuasa watak-watak permainan tersebut seperti dari siri Dragon Ball, watak Vegeta dengan kuasa Super Saiyan Blue dan Frieza dengan Golden Form.

Permainan Jump Force memfokuskan corak permainan berbentuk pertarungan, dimana anda boleh memilih sebarang watak daripada manga yang diterbitkan Weekly Jump di Jepun sekitar 50 tahun lepas. Watak ini termasuk daripada manga popular seperti Dragon Ball Z, One Piece, Naruto, Death Note dan sebagainya.

Sebelum ini, Bandai Namco juga mengumumkan pelbagai lagi watak bakal tiba buat permainan tersebut seperti Yugi Mutou, Kenshiro, Saint Seiya dan sebagainya.

Jump Force akan dilancarkan pada Februari 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN