Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya oleh From Software, iaitu Sekiro: Shadows Die Twice di pasaran Malaysia pada 22 Mac 2019 ini.
Sekaligus, Sony juga mengumumkan beberapa edisi permainan yang bakal mereka lancarkan dimana iaitu edisi fizikal dan juga edisi digital.
Bagi edisi fizikal, ianya akan dijual dengan harga RM209 yang disertakan bersama pakej khas bersama-sama muzik latar permainan tersebut. Selain itu, edisi tersebut juga akan menyertakan karya seni khas secara digital.
Manakala bagi edisi digital pula, ianya akan dijual dengan harga RM199 dan bagi mereka yang membuat pra-tempahan sebelum 21 Mac 2019, Sony akan menyertakan tema khas Playstation 4 bersama-sama dengan muzik latar dan karya seni khas digital.
Bagi pengumpul diluar sana, anda mungkin berminat untuk mendapatkan edisi Collector’s ini yang mana Sony mengumumkan bahawa mereka akan membawanya ke pasaran Malaysia dengan harga RM479. Melaluinya, ianya akan disertakan bersama:
- Cakera permainan penuh Sekiro: Shadows Die Twice
- Figura Shinobi bersaiz 18cm
- Buku karya seni khas
- Peta permainan
- Bekas besi permainan
- Replika koin permainan
- Muzik latar digital
Sekiro: Shadows Die Twice adalah permainan yang diumumkan ketika E3 2018 lepas yang mana ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh From Software, iaitu pembangun untuk siri Dark Souls dan juga Bloodborne. Permainan tersebut memfokuskan bentuk aksi pengembaraan dengan pelbagai bentuk senjata dan serangan yang pemain boleh lakukan.
Selain Playstation 4, permainan tersebut juga akan dilancarkan di Xbox One dan PC pada 22 Mac 2019 ini.