Toy Story 4 diumumkan pada bulan April lepas lagi. Namun, hanya sekarang baru sahaja Pixar dan Disney berkongsi lanjut mengenai filem seterusnya bagi siri filem kegemaran ramai tersebut.

Hari ini, mereka berkongsi trailer acah baharu yang sekadar memperlihatkan watak-watak biasa untuk Toy Story bersama dengan satu watak baharu iaitu Forky.

Toy Story 4 adalah mengenai Woody dan rakan-rakannya termasuk patung baharu, mengembara bersama dengan Bonnie. Filem ini diarahkan oleh Josh Cooley dan akan dikeluarkan bermula pada 21 Jun 2019.

Sohor Kini