Informasi Permainan Video Terkini
Pemilik Laman Muat-Turun ROM Mengaku Salah – Perlu Membayar Nintendo RM50 Juta

Pemilik Laman Muat-Turun ROM Mengaku Salah – Perlu Membayar Nintendo RM50 Juta

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Pada bulan Julai lepas, kami melaporkan yang Nintendo telah memfailkan saman bernilai $100 juta ke atas pemilik dua laman muat-turun ROM iaitu LoveRetro dan LoveROMS atas kesalahan melanggar hak cipta mereka.

Hari ini, berdasarkan laporan oleh TorrentFreak, pemilik laman tersebut iaitu Jacob dan Cristian Mathias mengaku salah atas kesalahan melanggar hak cipta secara terus dan secara tidak terus. Namun, ia tidak memasuki pembicaraan sebaliknya perjanjian telah berlaku dengan kebenaran mahkamah dan injunksi tetap.

Melalui perjanjian tersebut, mereka perlu menyerahkan  kesemua permainan, pelagak dan juga domain kepada Nintendo. Selain itu mereka juga perlu membayar $12 juta(~RM50 juta). Menurut laporan, kemungkinan besar jumlah tersebut adalah sekadar atas kertas sahaja, dan mereka hanya perlu membayar dengan jumlah yang lebih sedikit.

Jika sebelum ini, Sony yang cuba menyaman penyedia pelagak PCSX tetapi tidak berjaya. Sebaliknya mereka membeli hak pelagak tersebut, dan dilaporkan menggunakannya untuk PS Classic. Mungkin perkara yang sama akan berlaku untuk kes ini?


TIPS & ULASAN