Skip to main content

Detective Pikachu merupakan permainan yang dikeluarkan untuk 3DS, kemudian ia diumumkan akan menerima filem aksi nyata yang akan diterbitkan oleh Warner Bros.

Hari ini, mereka mempertontonkan trailer pertama untuk filem tersebut. Filem ini adalah berkenaan Tim Goodman bersama dengan Detective Pikachu cuba mencari ayahnya Harry Goodman yang menghilangkan diri secara tiba-tiba. Pikachu merupakan rakan kongsi kepada Harry Goodman sebagai penyiasat peribadi.

Sepanjang menonton trailer tersebut, ia membuatkan saya tersenyum. Bukan sahaja kerana Pikachu kedengaran seperti Deadpool tetapi Pokemon dihasilkan dalam bentuk animasi 3D yang mungkin membuatkan saya mimpi ngeri malam ini.

POKÉMON Detective Pikachu akan mula ditayangkan pada 10 Mei 2019.

Leave a Reply