Informasi Permainan Video Terkini
Servis Netflix Di Nintendo Wii Akan Ditamatkan Menjelang Januari 2019

Servis Netflix Di Nintendo Wii Akan Ditamatkan Menjelang Januari 2019

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Netflix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengberhentikan servis penstriman aplikasi Netflix di konsol Nintendo Wii menjelang tahun hadapan. Ini juga adalah tindakan seiring oleh Nintendo yang mana mereka juga akan menamatkan servis perkhidmatan atas-talian bagi konsol tersebut, iaitu Wii Shop Channel yang mana juga bakal tamat pada jangka masa yang sama.

Sekaligus, ini bermakna konsol tersebut tidak lagi akan menyokong sebarang kandungan atas-talian dan permainan-permainan digital tidak lagi boleh dimuat-turun bersama-sama dengan servis atas-talian yang lain seperti Netflix.

Menurut mereka, servis akan diberhentikan pada 31 Januari 2019 tahun depan dan bagi mereka yang mempunyai konsol tersebut, anda mungkin hanya berupaya untuk bermain permainan melalui cakera permainan sahaja.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan konsol Nintendo Wii telahpun dilancarkan hampir 12 tahun lepas dan Nintendo kini tampaknya lebih memfokuskan ke konsol terkini mereka iaitu Switch.

Baru-baru ini Nintendo juga melancarkan aplikasi Youtube di konsol hibrid tersebut dimana pengguna kini berupaya untuk menonton video secara penstriman melalui Switch. Ianya juga tidak mustahil untuk Netflix membawa aplikasi mereka ke konsol Switch pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN