Informasi Permainan Video Terkini
Sony Playstation Classic Menggunakan Pelagak Sumber Terbuka PCSX

Sony Playstation Classic Menggunakan Pelagak Sumber Terbuka PCSX

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Sony Playstation Classic adalah konsol Playstation terbaru dari Sony. Ia hadir dengan rekaan yang mirip Playstation 1 dan bersaiz kompak. Kemudian, konsol ini pula hadir dengan permainan yang terbina dan tidak boleh ditambah melalui muat turun atau sebarang storan luaran.

Mengejutkan, Sony menggunakan pelagak sumber terbuka PCSX untuk sistem Playstation Classic ini. Jika anda kenal dengan nama PCSX, ia adalah sistem pelagak konsol Sony Playstation yang popular buat PC dan juga Android. Versi yang Sony gunakan adalah PCSX ReARMed. Bagi yang tidak tahu, 19 tahun dahulu – Sony pernah cuba menyaman pelagak Playstation ini dengan niat untuk hapuskan kewujudannya. Tetapi mereka gagal. Disebabkan kekalahan itu, Sony membeli syarikat ini dan terus menutupnya.

Kini nampaknya, Sony nampak peluang keemasan untuk menjana pendapatan dengan menggunakan pelagak sumber terbuka ini dengan menghasilkan Sony Playstation Classis yang memuatkan permainan-permainan klasik konsol ini.


TIPS & ULASAN