Informasi Permainan Video Terkini
Metro Exodus Edisi Terhad Diumumkan – Menyertakan Figura Premium Khas
PC

Metro Exodus Edisi Terhad Diumumkan – Menyertakan Figura Premium Khas

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Deep Silver hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad khas buat pemrainan Metro Exodus yang mana ianya akan menyertakan sebilangan barangan terhad khas.

Melalui edisi ini, Deep Silver menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertakan permainan Metro Exodus itu sendiri namun mereka akan menyertakan barangan terhad lain iaitu:

  • Figura Premium Artyom
  • Tag anjing Spartan
  • Poskad Artyom’s Memories
  • Patch Spartan Order
  • Kotak Bespoke khas

Namun, edisi terhad ini hanya boleh dibeli melalui laman rasmi permainan tersebut dengan harga $149.99(~RM628).

Metro Exodus akan dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 22 Februari 2019. Ia dibangunkan oleh 4A Games dan diterbitkan oleh Deep Silver.


TIPS & ULASAN