Ketika acara X018, Capcom mengambil kesempatan untuk berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan mod latihan bagi permainan Devil May Cry 5 yang dipanggil The Void.

Penerbit permainan tersebut, Matt Walker bersama-sama dengan pengarah Hideaki Itsuno berkongsi bentuk permainan mod tersebut yang mana mereka memperlihatkan bagaimana mod tersebut akan memberi peluang kepada pemain baru mahupun veteran untuk berlatih melakukan serangan kombinasi yang terdapat di dalam Devil May Cry 5.

Selain itu, mod tersebut juga memberi peluang untuk pemain mencuba senjata terbaru Nero, iaitu Devil Breaker yang mana ianya boleh digunakan tanpa had melalui mod The Void tersebut. Capcom juga memperlihatkan senjata Devil Breaker Mega Buster dan pelbagai lagi senjata lain yang mereka umumkan sebelum ini.

Menariknya, apabila Nero menggunakan senjata Devil Breaker Mega Buster tersebut, segala pergerakkan Nero juga akan berubah seolah pergerakkan Mega Man, seperti elakkan beliau akan menjadi gelungsur seakan Mega Man.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.

Sohor Kini