Skip to main content

Bandai Namco baru-baru ini melancarkan kempen khas buat rantau ini yang mana mereka berharap untuk berhubung dengan lebih dekat dengan pemain dengan permainan-permainan mereka.

Melaluinya, mereka melancarkan satu video khas yang memperlihatkan pemain bertukar wajah dan rupa berdasarkan watak-watak yang terdapat di dalam permainan video mereka.

Menariknya juga, bersempena dengan itu, mereka juga melancarkan penuras khas melalui penggunaan aplikasi Facebook kamera. Melaluinya, pengguna boleh memperagakan gaya rambut berdasarkan watak-watak permainan yang yang dikeluarkan oleh Bandai Namco seperti Mitsurugi dari Soul Calibur dan Heihachi dari Tekken.

Tambahan itu, juga pengguna berkongsinya di sosial media Facebook, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka berpeluang untuk memenangi hadiah khas oleh mereka.

Selain itu, Bandai Namco juga menyatakan mereka mengadakan pertandingan pencarian Easter Egg yang terdapat di dalam video di atas. Bagi mereka yang menjumpai sebilangan Easter Egg tersebut, Bandai Namco juga menjanjikan hadiah untuk dimenangi.

Untuk informasi lanjut, anda boleh melayari laman rasmi atau Facebook rasmi Bandai Namco. Selain itu anda juga boleh melihat tagar #WhoWillYouBeToday melalui laman sosial media untuk informasi tambahan lain.

Leave a Reply