Skip to main content

Dengan pelancaran permainan simulasi jet pejuang, Ace Combat 7: Skies Unknown yang bakal tiba tidak lama lagi, Bandai Namco minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad buat permainan tersebut yang dipanggil The Strangereal Edition.

Edisi Strangereal ataupun Collector’s tersebut diumumkan bakal tiba buat versi Playstation 4 yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Ace Combat 7: Skies Unknown
  • Pas musim (Menyertakan 3 kapal terbang tambahan, 3 misi tambahan dan mod pemain muzik)
  • Figura diecast esklusif khas kapal perang udara Arsenal Bird
  • Buku karya seni khas bersaiz A4 dan sebanyak 150 muka surat
  • Pin besi bersaiz 3cm
  • Dua patch sulaman lambang Erusea dan Usea

Dari segi harga, pihak Bandai Namco masih belum berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 ini. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 1 Februari 2019. Bagi mod realiti-maya, ianya hanya esklusif buat Playstation VR dan ianya akan tiba secara bersama buat versi Playstation 4.

Leave a Reply