Informasi Permainan Video Terkini
Sokongan Tetikus Dan Papan Kekunci Buat Xbox One Bakal Tiba Bermula Dengan Fortnite Dan Warframe

Sokongan Tetikus Dan Papan Kekunci Buat Xbox One Bakal Tiba Bermula Dengan Fortnite Dan Warframe

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Microsoft akan membawa sokongan tetikus dan papan kekunci buat konsol Xbox One dan kini, mereka akhirnya mengumumkan bahawa sokongan tersebut akan tiba minggu ini.

Pengumuman tersebut diumumkan ketika acara X018 dimana Microsoft berkongsi senarai permainan yang bakal menerima sokongan tersebut termasuklah Fortnite dan Warframe yang mana ianya bakal tiba minggu ini. Manakala berikut pula adalah permainan yang bakal menerima kemaskini sokongan tetikus dan papan kekunci pada November ini:

  • Bomber Crew
  • Deep Rock Galactic
  • Strange Brigade
  • Vermintide 2
  • War Thunder
  • X-Morph Defense

Sememangnya ini merupakan satu perkara yang menarik terutamanya buat mereka yang menyukai bermain permainan dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus. Namun, ianya juga mungkin akan berkait rapat dengan keseimbangan sebarang permainan jika dimainkan secara kompetitif.

Namun, Microsoft masih belum menyatakan sebarang pengumuman lain berkenaannya dan seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut jika mereka mengumumkan sebarang kemaskini berkenaannya.


TIPS & ULASAN