Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Kini Memperoleh Studio Pembangun Obsidian Entertainment Dan inXile Entertainment
PC

Microsoft Kini Memperoleh Studio Pembangun Obsidian Entertainment Dan inXile Entertainment

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, dimana Microsoft berminat untuk mengambil alih studio pembangun, Obsidian Entertainment dan kini, ketika acara X018 mereka akhirnya mengumumkan bahawa mereka bukan sahaja memperoleh studio pembangun Obsidian Entertainment, malah inXile Entertainment iaitu pembangun siri permainan Wasteland.

Kedua-dua studio tersebut sememangnya terkena dengan permainan RPG seperti Pillars Of Eternity dan Star Wars: Knight Of The Old Republic II: The Sith Lords dari Obsidian Entertainment dan siri Wasteland dan Bard’s Tales oleh inXile Entertainment.

Bersempena dengannya, Obsidian Entertainment juga berkongsi satu video mesej khas yang mana mereka berkongsi pendapat dan pengumuman tersebut untuk peminat.

Sememangnya Microsoft tampaknya mengambil langkah untuk memperoleh sebilangan studio-studio pembangun permainan bermula E3 lepas dimana kami percaya mereka ingin membawa lebih banyak permainan esklusif di konsol Xbox One.

Dengan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kedua-dua studi tersebut dan sudah pastinya kami tidak sabar untuk melihat permainan-permainan baru yang bakal diumumkan oleh mereka.


TIPS & ULASAN