Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Zedhunter Diumumkan Buat Permainan State Of Decay 2
PC

Kemaskini Zedhunter Diumumkan Buat Permainan State Of Decay 2

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Microsoft minggu ini mengumumkan pelbagai pengumuman sempena acara X018 yang berlangsung di Mexico City. Antaranya adalah kemaskini terbaru buat permainan State Of Decay 2 iaitu Zedhunter.

Melalui kemaskini Zedhunter, Undead Labs mengumumkan bahawa ianya akan tiba secara percuma pada 16 November ini dimana ianya akan menyertakan pelbagai senjata baru dan kelengkapan baru.

Selain itu, melalui video acah diatas, Microsoft juga berkongsi yang mana permainan tersebut mempunyai lebih dari 4 juta pemain aktif yang masih lagi bermainnya.

State Of Decay 2 adalah permainan pertahanan hidup yang dibangunkan oleh Undead Labs dan dilancarkan oleh Microsoft. Ianya telahpun dilancarkan di Xbox One dan PC Mei lepas.


TIPS & ULASAN