Ketika acara X018, Microsoft berkongsi kemaskini terbaru yang bakal mereka lancarkan buat permainan Sea Of Thieves, iaitu The Arena dimana ianya merupakan mod pertempuran buat permainan tersebut.
Melalui kemaskini The Arena tersebut, Microsoft akan melancarkannya secara percuma dan ianya merupakan kemaskini ke-5 buat permainan tersebut. Menurut mereka, ianya akan tiba pada awal 2019 ini dimana ia merupakan mod kompetitif pertempuran buat pemain untuk bertempur dengan pemain lain secara pantas.
Selain itu, The Arena juga akan menyertakan kawasan kedai baru yang dipanggil Sea Dogs bersama-sama dengan misi dan ganjaran baru untuk kemajuan permainan tersebut.
Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal. Ianya merupakan permainan esklusif untuk Xbox One dan PC.