Skip to main content

Ketika acara Xbox X018, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan membawa trilogi Final Fantasy XIII, iaitu Final Fantasy XIII, Final Fantasy XIII-2 dan Lightning Returns: Final Fantasy XIII dari Xbox 360 ke konsol Xbox One melalui fungsi Backward Compatibility pada 13 November ini.

Permainan-permainan tersebut asalnya dilancarkan Xbox 360 pada 2009 lepas yang mana menurut Microsoft, mereka juga akan membawa kemaskini khas untuk Xbox One X.

Sekaligus, bagi mereka yang mempunyai permainan tersebut di Xbox 360, anda akan boleh terus bermainnya dengan memuat-turun di kedai atas-talian Xbox Live Market.

Selain itu, Square-Enix juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan World Of Final Fantasy Maxima, Final Fantasy VII, Final Fantasy IX, Final Fantasy X/X-2 HD Remaster dan Final Fantasy XII: The Zodiac Age di konsol Xbox One menjelang tahun hadapan.

Ini merupakan satu berita yang sangat menarik buat peminat Final Fantasy diluar sana dimana anda kini berpeluang untuk bermain sebilangan siri Final Fantasy di konsol Xbox One.

Leave a Reply