Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperlihatkan Trailer Terbaru Kingdom Hearts 3 Bersempena Acara X018

Square-Enix Memperlihatkan Trailer Terbaru Kingdom Hearts 3 Bersempena Acara X018

Diterbitkan pada November 11, 2018 oleh .

Hujung minggu ini, Square-Enix berkongsi satu trailer khas buat permainan Kingdom Hearts 3 bersempena dengan acara Xbox, X018 yang berlangsung di Mexico City.

Melalui trailer tersebut, Square-Enix memperlihatkan sebilangan dunia permainan yang bakal tiba seperti dunia Winnie The Pooh dan sebilangan bentuk permainan pertempuran. Menariknya juga, Square-Enix juga memperlihatkan watak-watak Organization XIII dengan lebih mendalam.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.


TIPS & ULASAN